Rasulullah s.a.w. memberi galakan dengan memberi janji ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang memberi perlindungan kepada anak yatim. Ini berdasarkan beberapa potong hadis baginda yang bermaksud: Aku dan penjaga kepada anak yatim seperti ini di dalam syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari baginda ia itu dengan merapatkan jari penunjuk dan jari hantu. (riwayat Muslim).
Misalan yang disebut dan ditunjukkan oleh baginda itu menggambarkan akrabnya kelak orang yang menjaga dan memelihara anak yatim bersama baginda di dalam syurga. Memberi perlindungan dalam hadis ini bermaksud: memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, mengajar mereka agama, adab dan akhlak serta mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.
Rumah anak-anak yatim ini didirikan di atas tanah seluas 2 ekar yang diwakafkan. Sebuah rumah kediaman dan sebuah bangunan dijadikan asrama untuk anak-anak yatim perempuan dan sebuah bangunan asrama yang lain
untuk anak-anak yatim lelaki. Penghuni rumah anak yatim ini adalah seramai 90 orang yang berusia dari 4 tahun hingga 17 tahun.
Kemudahan yang ada amat terhad, tiada bahan rujukan yang mencukupi di perpustakaan. Tiada sebarang kemudahan komputer, hanya ada beberapa bahan bacaan seperti majalah yang kebanyakannya sumbangan dari Karangkraf dan buku-buku rujukan sumbangan dari orang perseorangan. Kebanyakan sumbangan yang diterima adalah berupa wang tunai dari orang ramai atau beberapa syarikat swasta.
Sumbangan yang diperlukan adalah untuk pembelian :
*Buku-buku pelajaran (kanak2, UPSR, PMR & SPM)
*Majalah Ilmiah
*Pakaian
*Barang permainan
*Makanan
Sumbangan ikhlas anda bolehlah dibuat kepada wakil Rumah Anak Yatim Sungai Buaya
Puan Suzalina MAYBANK 162366920743
Sila isi nama penuh anda, siapa yang memperkenalkan anda, alamat email anda dan jumlah ikhlas anda